Call Us Now : +603-2698 8557 

Kenali Kami

banner001

Adamson Hotel Kuala Lumpur dimiliki dan diuruskan oleh syarikat ZASOLEIS SDN BHD yang telah ditubuhkan pada 21 Mac 1985 sebagai sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan penyediaan perkhidmatan khidmat nasihat (consultant) dalam bidang pembinaan.

Namun di atas kesedaran dan ingin membantu golongan bumiputera Melayu Islam yang bekerja di luar kawasan atau daerah untuk menginap di hotel yang bersih dan pada kadar mampu, Syarikat kemudiannya telah menjalankan perniagaan secara sepenuh masa di dalam bidang perhotelan.




98 Inn Hotel (2001)

ZASOLEIS SDN BHD memulakan perniagaan di dalam bidang perhotelan dengan membeli bangunan hotel milik bukan bumiputera yang terletak di kawasan Chow Kit. Dahulunya bangunan hotel tersebut menjadi tempat aktiviti yang tidak bermoral serta kurang mendapat sambutan dari pelanggan. Hasil dari idea dan perancangan yang rapi, pihak syarikat telah mengubahsuai bilik-bilik bangunan hotel tersebut dan mengusahakan “Hotel Bajet yang berkonsepkan Islamik” pertama milik bumiputera di Chow Kit dengan nama 98 Inn Hotel.



City Inn Hotel (2006)

Pada bulan Mei 2006, syarikat telah membuka satu lagi hotel bajet dengan nama City Inn Hotel. Langkah ini diambil setelah hampir 5 tahun memulakan perniagaan perhotelan secara hotel bajet (98 Inn). Syarikat telah melihat potensi dan keupayaan untuk berkembang dengan sokongan dari pelbagai pihak terutama pelanggan dari pantai timur dan utara semenanjung. Pelanggan lebih berminat untuk memilih hotel bajet sebagai tempat penginapan semasa mereka menjalankan urusan perniagaan atau mesyuarat di Kuala Lumpur dengan kadar yang berpatutan, selesa dan mesra



Adamson Hotel Kuala Lumpur (2007)
Setelah mendapati perniagaan dua Hotel Bajet tersebut maju dan mendapat sambutan menggalakkan, ZASOLEIS SDN BHD melangkah setapak lagi dengan menubuhkan Adamson Hotel Kuala Lumpur, iaitu hotel taraf 3 bintang yang mengekalkan konsep Islamik sebagai asas perniagaan.

Adamson Hotel Kuala Lumpur telah memulakan operasinya pada bulan Mei 2007 dan sehingga kini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan dengan adanya kapasiti bilik penginapan sebanyak 110 buah bilik dan beberapa buah bilik seminar dan mesyuarat.

Dahulunya Adamson Hotel Kuala Lumpur dikenali sebagai KL International Hotel – Old Wing (KLIH). Pada tahun 2006, pihak (KLIH) telah menjual hotel tersebut melalui tender terbuka dan ZASOLEIS SDN BHD telah membeli bangunan tersebut melalui pembiayaan daripada Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank).

Adamson Inn Hotel Kuala Lumpur (2009)
Pada tahun 2009, pihak syarikat telah maju setapak lagi dengan menubuhkan satu lagi hotel bajet yang dikenali sebagai Adamson Inn Hotel. Lokasi Adamson Inn Hotel ini terletak berhampiran dengan 2 hotel bajet kami yang lain dan juga berhampiran dengan Adamson Hotel. Adamson Inn Hotel diubahsuai dan direkabentuk dengan lebih luas dan selesa berbanding hotel bajet kami sebelum ini dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Perancangan syarikat pada masa akan datang ialah ingin meluaskan perniagaan hotel bajet ini ke luar Kuala Lumpur dengan memilih tempat yang strategik yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

 

KEMUDAHAN BERHAMPIRAN ADAMSON HOTEL KUALA LUMPUR

 

Adamson Hotel Kuala Lumpur terletak berdekatan dengan;-

  1. Hospital Besar, Kuala Lumpur
  2. Institut Jantung Negara
  3. Hospital Pusrawi
  4. Masjid Jamek, Kampung Baru
  5. Masjid Pakistan
  6. Pasar Chow Kit
  7. Pasaraya UO
  8. Monorel Chow Kit
  9. Putra World Trade Centre (PWTC)
  10. Perpustakaan Negara
  11. Istana Budaya
  12. Taman Tasik Titiwangsa
  13. Universiti Utara Malaysia, Kampus Kuala Lumpur
  14. Universiti Kuala Lumpur
  15. Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Kuala Lumpur  

 

 

Logo hotel adalah Hakmilik dan Hak Cipta Terpelihara oleh Zasoleis Sdn Bhd (137205-K) 2015.  Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan daripada laman web ini termasuk artikel, illustrasi dan foto dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanikal, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa mendapat izin bertulis dahulu dari pihak Adamson Hotel Kuala Lumpur melalui syarikat Zasoleis Sdn Bhd (137205-K).
Copyright © 2015 Adamson Hotel Kuala Lumpur