Call Us Now : +603-2698 8557 

  • k001
    Bilik Penginapan
  • k002
    Mesyuarat
  • k003
    Katering
  • k004
    Adamson Cafe
  • k005
    Adamson Corner
  • k006
    Kedai Serbaneka
  • k007
    Surau

Kemudahan

Adamson Hotel Kuala Lumpur menawarkan pelbagai kemudahan untuk kegunaan dan keselesaan tetamu hotel pada kadar yang berpatutan dan mampu bayar oleh semua tetamu.

Berikut adalah beberapa kemudahan yang kami tawarkan;-

Penginapan

Adamson Hotel Kuala Lumpur menawarkan 110 buah bilik penginapan yang bersih, kemas dan selesa untuk pelanggan kami.

Setiap bilik dilengkapi dengan beberapa kemudahan yang pasti memberikan keselesaan kepada pelanggan manakala kadar harga penginapan yang kami tawarkan juga adalah pada kadar mampu bayar.

Mesyuarat & Seminar

Adamson Hotel Kuala Lumpur adalah hotel yang sesuai untuk pelanggan mengadakan mesyuarat, seminar, kursus, majlis perkahwinan serta sidang akhbar bagi sesuatu aktiviti kemasyarakatan dan pelancaran produk.

Kami menawarkan Dewan Perdana Seri Kalsom yang boleh memuatkan 200 peserta bagi susunan bilik darjah dan 350 peserta bagi susunan teater. Dewan Perdana Seri Kalsom boleh dipecahkan ke 3 bahagian iaitu (Bilik Seri Kalsom 1, Bilik Seri Kalsom 2, Bilik Seri Kalsom 3).

Dalam pada itu, terdapat juga bilik mesyuarat yang bersaiz sederhana seperti Bilik Geliga, Bilik Mutiara, Bilik Permata dan Bilik Intan.

Dewan dan bilik mesyuarat kami dilengkapi dengan akses WiFi untuk kemudahan pelanggan mennggunakan internet sebagai salah satu medium untuk kemudahan bermesyuarat.

Katering

Adamson Hotel Kuala Lumpur juga telah menubuhkan unit katering bagi meningkatkan unjuran perolehan pada pertengahan tahun 2011. Unit yang dikawal selia oleh Jabatan F&B kami ini telah memulakan perkhidmatan katering bermula pada pertengahan September 2011 dan telah mendapat beberapa tempahan daripada pihak pelanggan dari jabatan-jabatan kerajaan dan juga dari syarikat swasta.

Kami juga menawarkan perkhidmatan pakej perkahwinan beserta katering yang mana bersesuaian dengan bajet impian anda. Pakej yang kami tawarkan ini adalah mampu belanja dengan harga yang berpatutan dan kami akan memastikan majlis anda berjalan dengan lancar serta menepati keperluan anda.

Kedai Serbaneka

Kemudahan kedai serbaneka ini terletak di aras bawah (lobi hotel) yang menjual aneka minuman sejuk, roti, biskut, barangan aksesori kelengkapan wanita, barangan penjagaan diri, majalah serta surat khabar.

Kedai ini beroperasi setiap hari bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 10:00 malam.

Adamson Cafe

Adamson Cafe yang terletak di aras bawah hotel (lobi hotel) menyediakan perkhidmatan sarapan pagi untuk semua tetamu hotel.

Terdapat kepelbagaian menu masakan Melayu dihidangkan kepada tetamu hotel dan ianya dibuka dari pukul 7.00 pagi sehingga 9.30 pagi.

Adamson Cafe ini yang dapat memuatkan kapasiti 80 - 90 orang tetamu pada satu-satu masa juga sesuai di adakan majlis tertentu seperti majlis sambutan hari jadi dan majlis hi-tea.

Adamson Corner

Adamson Corner merupakan satu outlet kami yang beroperasi dari pukul 12.00 tenghari sehingga 12.00 malam.

Pelbagai menu masakan panas dan juga tomyam disediakan. Tidak lupa juga, kami menyediakan masakan barat seperti chicken chop untuk tetamu yang ingin mengubah selera makan selain daripada masakan panas dan tomyam.

Surau

Surau yang terletak di aras 1 turut disediakan untuk kegunaan tetamu hotel bagi menunaikan solat fardhu.

Surau lelaki dapat memuatkan kapasiti seramai 15 ke 20 orang pada satu masa waktu solat; manakala surau wanita pula dapat memuatkan kapasiti seramai 10 orang pada satu masa waktu solat.

Logo hotel adalah Hakmilik dan Hak Cipta Terpelihara oleh Zasoleis Sdn Bhd (137205-K) 2015.  Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan daripada laman web ini termasuk artikel, illustrasi dan foto dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanikal, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa mendapat izin bertulis dahulu dari pihak Adamson Hotel Kuala Lumpur melalui syarikat Zasoleis Sdn Bhd (137205-K).
Copyright © 2015 Adamson Hotel Kuala Lumpur