Mengenai Kami

Adamson Hotel Kuala Lumpur dimiliki dan diuruskan oleh syarikat bumiputera dimana terletak berhampiran dengan Hospital Kuala Lumpur, Kampung Baru dan Chow Kit. Adamson Hotel Kuala Lumpur merupakan hotel berkonsepkan Islamik dan memberikan perkhidmatan penginapan yang bermutu, bersih dan selesa kepada pelanggan.
Terletak berhampiran dengan pusat pengangkutan awam iaitu Monorel Chow Kit yang memudahkan pelanggan berhubung dan bergerak ke destinasi pilihan seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman, Putra World Trade Centre, Bukit Bintang dan Kuala Lumpur City Centre. Adamson Hotel Kuala Lumpur menawarkan 110 buah bilik yang terdiri dari Bilik Superior Twin dan Double, Bilik Standard, Bilik Deluxe dan Bilik Family.
Bilik Penginapan

Kadar Penginapan |
|
|---|---|
Jenis Bilik | Kadar Bayaran |
Standard Twin | RM110.00 |
Standard Triple | RM150.00 |
Superior Twin | RM130.00 |
Superior King | RM130.00 |
Deluxe | RM195.00 |
Family | RM260.00 |
Kemudahan
Adamson Hotel Kuala Lumpur adalah sebuah hotel yang sesuai untuk pelanggan mengadakan mesyuarat, seminar, kursus, majlis perkahwinan serta penganjuran sesuatu aktiviti kemasyarakatan dan pelancaran produk. Kami menawarkan Dewan Perdana Seri Kalsom yang boleh memuatkan 200 peserta bagi susunan bilik darjah dan 350 peserta bagi susunan teater.
Dewan Perdana Seri Kalsom boleh dipecahkan ke 3 bahagian bilik iaitu (Bilik Seri Kalsom 1, Bilik Seri Kalsom 2, Bilik Seri Kalsom 3). Terdapat juga bilik mesyuarat yang bersaiz sederhana seperti Bilik Geliga, Bilik Mutiara, Bilik Permata dan Bilik Intan.
Disamping itu juga, pihak hotel mempunyai sebuah tempat letak kereta yang terletak berhampiran dengan bangunan hotel. Tempat letak kereta tersebut boleh memuatkan 60 buah kereta dengan kadar harga yang berpatutan.
Hotel Bajet

Zasoleis Sdn Bhd memiliki dan menguruskan 3 buah hotel bajet yang mana kesemua hotel bajet tersebut beroperasi di kawasan Chow Kit. Kami memulakan perniagaan perhotelan ini dengan hotel bajet 98 Inn yang mempunyai 32 buah bilik pada tahun 2001.
Pada tahun 2006, kami memiliki dan menguruskan satu lagi hotel bajet yang diberi nama City Inn Hotel yang memberikan kadar penginapan pada harga yang mampu dan; seterusnya pada tahun 2009, kami menambah satu lagi hotel bajet yang diberi nama Adamson Inn Hotel yang mempunyai 31 buah bilik yang lebih luas dan selesa.












