Sejarah dan kisah disebalik nama ‘Adamson’? Assalamualaikum wbt,admin nak share sikit sejarah nama hotel ini admin pun baru tahu dari pemilik nya sendiri. Ia bukan untuk nama Adamson semata-mata tetapi nama ini juga macam nama mat salleh. Nama kormersial. Boleh digunakan! Orang akan bertanya apa di sebalik nama Adamson? Adam tu siapa? Son itu pula siapa?
Pilihan nama itu ada tujuannya. Ia untuk menyuntik motivasi pada orang Melayu Islam kerana ini bisnes keturunan. Bapanya Adam dan dimiliki oleh anaknya dan juga bisnes ini milik keturunan orang Islam kerana semua umatnya adalah anak-anak Nabi ADAM A.S. .Pemiliknya juga mahu bangsanya,orang Melayu Islam menanamkan budaya bisnes dalam keluarga. Itu iktibar beliau memilih nama ADAMSON. Adamson Hotel Kuala Lumpur mula beroperasi dari tahun 2007 selepas diambil alih daripada KL International Hotel .Dulunya Ia dikenali sebagai KLIH OLD Wing,sesiapa yang naik bas Mini tahun 90an tu mesti pernah nampak kan bangunan ini? 😁 Sampai ke hari ini AHKL beroperasi dan masih dalam proses penambahbaikan dari masa ke semasa untuk keselesaan para tetamu semua . Harap sokongan dari semua pihak amat kami harapkan demi memartabatkan ekonomi Bumiputera InshaAllah.